Mulakan pendidikan awal anak anda dengan menghantar mereka untuk
mengikuti alam pra-persekolahan. Pendidikan pra-persekolahan ini
kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam
tahun. Walau bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula menghantar anak mereka
pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran
berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial,
emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan
formal.
Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.

No comments:
Post a Comment