Kesemua contoh kertas kerja di atas adalah berteraskan kepada pengenalan kepada huruf-huruf. Komponen yang terlibat dalam pembelajaran ini adalah Tujang Komunikasi yang melibatkan bahasa dan komunikasi. Untuk menguasai sesuatu bahasa, seseorang itu perlu lah mahir membaca dan utuk mahir membaca individu tersebut perlulah mempelajari huruf-huruf konsonan dan huruf vokal.
Monday, 22 October 2012
Contoh latihan Menulis (Kertas Kerja)
Berikut adalah contoh latihan - (Kertas Kerja) yang sesuai di gunakan di dalam kelas prasekolah.
Kesemua contoh kertas kerja di atas adalah berteraskan kepada pengenalan kepada huruf-huruf. Komponen yang terlibat dalam pembelajaran ini adalah Tujang Komunikasi yang melibatkan bahasa dan komunikasi. Untuk menguasai sesuatu bahasa, seseorang itu perlu lah mahir membaca dan utuk mahir membaca individu tersebut perlulah mempelajari huruf-huruf konsonan dan huruf vokal.
Kesemua contoh kertas kerja di atas adalah berteraskan kepada pengenalan kepada huruf-huruf. Komponen yang terlibat dalam pembelajaran ini adalah Tujang Komunikasi yang melibatkan bahasa dan komunikasi. Untuk menguasai sesuatu bahasa, seseorang itu perlu lah mahir membaca dan utuk mahir membaca individu tersebut perlulah mempelajari huruf-huruf konsonan dan huruf vokal.
Menentukan Matlamat Dan Objektif Prasekolah
Di negara kita kebanyakan pusat-pusat prasekolah dijalankan oleh pelbagai agensi yang berbeza seperti agensi kerajaan KEMAS, FELDA, Jabatan Perpaduan, Prasekolah Kementerian Pelajaran dan swasta. Memandangkan pusat-pusat prasekolah ini dikendalikan oleh pihak-pihak yang berbeza maka dari segi matlamat dan objektif penubuhannya juga berbeza. Kepentingan kepada pengajaran 3M membuka mata masyarakat tentang pentingnya pendidikan di peringkat prasekolah. Ibu bapa berlumba-lumba memilih pusat prasekolah yang dapat memenuhi harapan dan kehendak mereka. Inilah yang mendorong munculnya pusat prasekolah seperti cendawan tumbuh pada masa sekarang. Pemilihan pusat prasekolah oleh ibu bapa adalah berlandaskan kualiti yang dimiliki oleh sesuatu pusat prasekolah yang menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak. Pusat prasekolah yang mempunyai matlamat dan objektif yang menepati kehendak dan harapan akan lebih menjadi tumpuan ibu bapa.
Terdapat
pelbagai kualiti pusat prasekolah yang perlu difikirkan bersama-sama
ada penubuhannya menepati matlamat dan objektif atau pun tidak. Di
antara penemuan penubuhan pusat prasekolah adalah seperti berikut:
a) Ada sesetengah pengusaha pusat prasekolah tidak melaksanakan program mereka dengan bersungguh-sungguh.
b) Ada pula yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
c) Ada pengusaha pusat prasekolah hanya mementingkan akademik semata-mata
d) Ada pengusaha pusat prasekolah yang memberi penekanan kepada aspek sosialisasi kanak-kanak.
Sebagaimana
Kementerian Pelajaran Malaysia, matlamat penubuhan pusat prasekolah
secara umumnya adalah untuk memberi peluang yang sama kepada semua
kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan pada umur seawal 4 tahun.
Objektif dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan dan
jangkaan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah. Di sini mari
kita lihat apakah penentuan matlamat dan objektif pendidikan prasekolah
yang telah dibentuk oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi
kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke tahun satu di
sekolah rendah. Pendidikan prasekolah membolehkan kanak-kanak mencapai
tujuan berikut:
1) Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif yang menjadi warganegara yang patriotik;
2) Menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi;
3) Menggunakan
bahasa Cina dan bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di
sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina dan bahasa Tamil;
4) Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
5) Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid-murid beragama Islam;
6) Mengamalkan nilai-nilai murid dalam kehidupan seharian;
7) Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah;
8) Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;
9) Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik;
10) Mempunyai daya kreatif dan estetika unuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
Walau
bagaimanapun secara umumnya apa yang perlu kita faham bahawa prasekolah
merupakan tempat kanak-kanak mula belajar membiasakan diri dengan rakan
sebaya dan orang dewasa. Di mana mereka berpeluang berinteraksi bersama
rakan, meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan menyeluruh mereka
di samping meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Peruntukan suatu alam
persekitaran yang kaya dan menggalakkan potensi maksimum kanak-kanak ini
boleh diwujudkan di pusat prasekolah.
Matlamat & Objektif Pendidikan Prasekolah
Prasekolah
merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah
pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui
bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping
menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan
kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk
semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi
menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih
formal di sekolah rendah.
Pendidikan
prasekolah adalah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Menyuburkan potensi murid
dalam aspek perkembangan ialah merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelektual dan Sosial. Selain itu, menguasai kemahiran asas ialah
kemahiran membaca, menulis dan menaakul. Kemahiran ini adalah kemahiran
asas dalam pendidikan prasekolah yang juga dikenali sebagai 3M. Selain
itu, memupuk sikap positif persediaan masuk ke sekolah rendah penting
kerana kelas prasekolah juga adalah sebagai medium awal bagi memberikan
kanak-kanak peluang, keseronokan dan melahirkan sikap positif untuk
persediaan belajar di sekolah seterusnya memasuki tahun 1.
Objektif pendidikan prasekolah ialah mempunyai
sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi
warganegara yang patriotik.Ini penting kerana untuk melahirkan dan
menyuburkan potensi diri secara menyeluruh sifat peribadi, perwatakan
sangat penting untuk perkembangan murid pada tahap awal. Ini kerana
murid prasekolah adalah ibarat kain putih yang akan di warnakan pada
kain tersebut dan seterusnya menghasilkan warna-warna yang cantik atau
tidak cantik. Oleh itu, perkembangan secara menyeluruh sangat penting
untuk membentuk kanak-kanak yang berkeperibadian yang tinggi.
Objektif
kedua ialah menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul dan
memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi. Bahasa Malaysia
adalah bahasa perpaduan untuk semua kaum dan juga dikenali Bahasa Melayu
dan ianya adalah satu kemahiran yang penting dalam komunikasi di
kalangan masyarakat. Ketiga ialah menggunakan Bahasa Inggeris dalam
kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
Bahasa Inggeris adalah bahasa lain selain Bahasa Malaysia dan dianggap
kedua terpenting dalam komunikasi. Keempat ialah mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama.
Objektif
kelima ialah mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan
menyelesaikan masalah. Ini adalah perkembangan yang penting untuk
kanak-kanak bagi melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis dalam
menyelesaikan masalah. Keenam ialah mempunyai kematangan emosi dan
kemahiran sosial. Ketujuh ialah mempratikkan amalan kesihatan dan
keselamatan yang baik dan objektif yang terakhir ialah mempunyai daya
kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan
budaya.
Pendidikan Awal Kanak-kanak
Mulakan pendidikan awal anak anda dengan menghantar mereka untuk
mengikuti alam pra-persekolahan. Pendidikan pra-persekolahan ini
kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam
tahun. Walau bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula menghantar anak mereka
pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran
berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial,
emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan
formal.
Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.
Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.
Bermulanya Pembelajaran di Sini....
Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi memasuki dan mebuka laman blog Dunia Prasekolah Yang Ajaib (DPYA@DIPraYA). Tujuan pembukaan blog ini adalah atas ilham yang sudah lama di fikirkan, selain untuk memenuhi tugasan untuk UPSI berkaitan pembinaan blog. Di blog ini akan diberikan berbagai-bagai info dan contoh-contoh nota, latihan dan aktiviti yang bersesuaian di prasekolah. Semoga apa yang di paparkan di dalam blog ini, dapat menjadi panduan yang boleh di gunakan di dalam kelas anda semua. Dengan bermurah hati saya akan berkongsi semua yang saya tahu kepada anda, jika ada sebarang pertanyaan dan pendapat, silalah berhubung dengan saya. Sekian Asalamualaikum :)
Subscribe to:
Posts (Atom)