Wednesday, 14 November 2012

Contoh Aktiviti Prasekolah



Berikut adalah contoh aktiviti yang boleh dijalankan di prasekolah. Aktiviti-aktiviti ini boleh di jalankan mengikut kesesuaian ataupun tema.

Monday, 12 November 2012


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh/ Hari     :  5/11/2012                                                                                           
 Masa              : 8.00 - 8.30                                             
Kelas               : Prasekolah  SK Bentuka                                                                                         
Bil. Pelajar       : 13 orang                                                                        
 M/ Pel             : Bahasa Melayu                                                                           
Tema                : Haiwan
Tunjang            : BM3.0 Kemahiran Membaca
Sub/Tunjang     : BM 3.5.4 Membatang  tiga suku kata untuk menjadi perkataan.
                                 BM 3.5.7 Membatangkan suku kata terbuka dan sukukata tertutup untuk menjadi perkataan.
                                    BM 3.5.8 Membatangkan suku kata tertutup dan suku kata terbuka untuk menjadi perkataan.
Pengetahuan
Sedia Ada        : Murid mengenali dan telah belajar mengenai haiwan berkenaan
Bahan              : Kad bergambar dan Kad huruf
Nilai                 : Murid mempelajari nilai kerjasama ketika menyusun huruf secara berkumpulan.
Gabubg Jalin
Tunjang            : Sains dan Teknologi, kemanusiaan
Objektif            : di akhir pembelajaran murid dapat
                          i) Membatangkan suku kata menjadi perkataan.
                          ii) Mengeja nama haiwan dengan betul.

Langkah/
Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi

Gambar Haiwan

1. Menunjukan kad bergambar

2. Meminta murid untuk menyenaraikan haiwan yang terdapat pada gambar.

1. Murid duduk didalam kumpulan dan kad bergambar

2. Murid menyenaraikan nama haiwan

Kad Bergambar dan Kad Huruf

Langkah 1 Perkembangan

Mengeja dan menyebut nama haiwan

1. Menunjukan kad huruf (perkataan nama haiwan)

2. Guru Menyebut nama haiwan dan mengajar murid mengeja perkataan yang mengandungi  nama haiwan.

3. Guru menutup perkataan yang mengandungi nama haiwan dengan kertas.

1. Murid memerhatikan kad huruf

2. (Secara berkumpulan)Murid menyebut nama haiwan seterusnya mengikut guru mengeja nama haiwan.


Kad huruf dan perkataan

Langkah 2

Aktiviti Kumpulan

1. Guru memberikan murid pilihan sampul.

2. Guru meminta murid untuk membatangkan suku kata untuk membentuk perkataan bagi kad bergambar yang di sertakan.

3. Guru akan memantau aktiviti murid.

4. Guru meminta murid menunjukan hasil aktiviti kumpulan untuk ditampal pada papan putih mengikut giliran.

5. Guru membuka perkataan yang di tutup pada papan putih. Seterusnya menilai hasil aktiviti kumpulan sama ada betul atau salah. Seterusnya mengajak murid-murid untuk sama-sama membaca dan mengeja perkataan yang ada dihadapan.


1. Secara berkumpulan murid akan memilih sampul dan membuka sampul.

2. Murid (secara berkumpulan) akan membatangkan suku kata untuk membentuk perkataan  kad bergambar yang disertakan.

Contoh: kad bergambar gajah, murid perlu membatang suku kata yang tepat untuk mengeja gajah = ga + jah

3. setelah siap murid menampal hasil aktiviti pada papan putih untuk dinilai guru.

4. Murid mengikut guru membatangkan suku kata dan seterusnya mengeja perkataan yang di maksudkan.

Kad bergambar dan kad suku kata.

Langkah 3

Aktiviti Individu

1. Guru memberikan kertas kerja kepada setiap murid.

2. Guru menerima hasil kerja setiap murid.


1. Murid menerima kertas kerja daripada guru. Setelah siap murid menghantar hasil kerja pada guru.



Penutup

Apresiasi & Peneguhan

1.Guru merumuskan apa yang dipelajari kepada murid.

1.Murid mengulang semula apa yang mereka pelajari kepada guru.

Monday, 5 November 2012

Contoh Hasil Kerja Murid









Di atas adalah contoh hasil kerja kanak-kanak prasekolah, antara aktiviti yang boleh di buat didalam kelas prasekolah adalah kolaj dan catan. Aktiviti kolaj boleh di lakukan dengan menggunakan berbagai medium, bukan sahaja menggunakan kertas sebagai bahan tampalan, tetapi objek-objek lain seperti kapas, kekacang dan juga manik (jika ada bajet lebih). Begitu juga aktiviti catan boleh menggunakan medium lain selain menggunakan berus untuk melukis gambaran, objek berikutnya juga boleh digunakan, contohnya batang pisang, ubi kayu dan batang lilin. Aktiviti -aktiviti ini boleh di lakukan mengikut kreativiti guru dan bahan-bahan yang mudah didapati di dalam kelas prasekolah.





Monday, 22 October 2012

Contoh latihan Menulis (Kertas Kerja)

Berikut adalah contoh latihan - (Kertas Kerja) yang sesuai di gunakan di dalam kelas prasekolah.




Kesemua contoh kertas kerja di atas adalah berteraskan kepada pengenalan kepada huruf-huruf. Komponen yang terlibat dalam pembelajaran ini adalah Tujang Komunikasi yang melibatkan bahasa dan komunikasi. Untuk menguasai sesuatu bahasa, seseorang itu perlu lah mahir membaca dan utuk mahir membaca individu tersebut perlulah mempelajari huruf-huruf konsonan dan huruf vokal.

Menentukan Matlamat Dan Objektif Prasekolah

Di negara kita kebanyakan pusat-pusat prasekolah dijalankan oleh pelbagai agensi yang berbeza seperti agensi kerajaan KEMAS, FELDA, Jabatan Perpaduan, Prasekolah Kementerian Pelajaran dan swasta. Memandangkan pusat-pusat prasekolah ini dikendalikan oleh pihak-pihak yang berbeza maka dari segi matlamat dan objektif penubuhannya juga berbeza. Kepentingan kepada pengajaran 3M membuka mata masyarakat tentang pentingnya pendidikan di peringkat prasekolah. Ibu bapa berlumba-lumba memilih pusat prasekolah yang dapat memenuhi harapan dan kehendak mereka. Inilah yang mendorong munculnya pusat prasekolah seperti cendawan tumbuh pada masa sekarang. Pemilihan pusat prasekolah oleh ibu bapa adalah berlandaskan kualiti yang dimiliki oleh sesuatu pusat prasekolah yang menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak. Pusat prasekolah yang mempunyai matlamat dan objektif yang menepati kehendak dan harapan akan lebih menjadi tumpuan ibu bapa.

Terdapat pelbagai kualiti pusat prasekolah yang perlu difikirkan bersama-sama ada penubuhannya menepati matlamat dan objektif atau pun tidak. Di antara penemuan penubuhan pusat prasekolah adalah seperti berikut:
a) Ada sesetengah pengusaha pusat prasekolah tidak melaksanakan program mereka dengan bersungguh-sungguh.
b) Ada pula yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
c) Ada pengusaha pusat prasekolah hanya mementingkan akademik semata-mata
d) Ada pengusaha pusat prasekolah yang memberi penekanan kepada aspek sosialisasi kanak-kanak.
Sebagaimana Kementerian Pelajaran Malaysia, matlamat penubuhan pusat prasekolah secara umumnya adalah untuk memberi peluang yang sama kepada semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan pada umur seawal 4 tahun. Objektif dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan dan jangkaan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah. Di sini mari kita lihat apakah penentuan matlamat dan objektif pendidikan prasekolah yang telah dibentuk oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke tahun satu di sekolah rendah. Pendidikan prasekolah membolehkan kanak-kanak mencapai tujuan berikut:
1) Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif yang menjadi warganegara yang patriotik;
2) Menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi;
3) Menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina dan bahasa Tamil;
4) Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
5) Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid-murid beragama Islam;
6) Mengamalkan nilai-nilai murid dalam kehidupan seharian;
7) Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah;
8) Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;
9) Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik;
10) Mempunyai daya kreatif dan estetika unuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
Walau bagaimanapun secara umumnya apa yang perlu kita faham bahawa prasekolah merupakan tempat kanak-kanak mula belajar membiasakan diri dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Di mana mereka berpeluang berinteraksi bersama rakan, meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan menyeluruh mereka di samping meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Peruntukan suatu alam persekitaran yang kaya dan menggalakkan potensi maksimum kanak-kanak ini boleh diwujudkan di pusat prasekolah.