Berikut adalah contoh aktiviti yang boleh dijalankan di prasekolah. Aktiviti-aktiviti ini boleh di jalankan mengikut kesesuaian ataupun tema.
Dunia Prasekolah Yang Ajaib
Wednesday, 14 November 2012
Monday, 12 November 2012
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh/ Hari : 5/11/2012
Masa : 8.00 - 8.30
Kelas
: Prasekolah SK Bentuka
Bil. Pelajar
: 13 orang
M/ Pel : Bahasa Melayu
Tema :
Haiwan
Tunjang :
BM3.0 Kemahiran Membaca
Sub/Tunjang : BM 3.5.4 Membatang tiga suku kata untuk
menjadi perkataan.
BM 3.5.7 Membatangkan suku kata terbuka dan
sukukata tertutup untuk menjadi perkataan.
BM 3.5.8 Membatangkan suku kata tertutup dan
suku kata terbuka untuk menjadi perkataan.
Pengetahuan
Sedia Ada :
Murid mengenali dan telah belajar mengenai haiwan berkenaan
Bahan :
Kad bergambar dan Kad huruf
Nilai :
Murid mempelajari nilai kerjasama ketika menyusun huruf secara berkumpulan.
Gabubg Jalin
Tunjang :
Sains dan Teknologi, kemanusiaan
Objektif :
di akhir pembelajaran murid dapat
i) Membatangkan suku kata menjadi perkataan.
ii) Mengeja nama haiwan dengan betul.
Langkah/
Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set
Induksi
|
Gambar Haiwan
|
1.
Menunjukan kad bergambar
2.
Meminta murid untuk menyenaraikan haiwan yang terdapat pada gambar.
|
1.
Murid duduk didalam kumpulan dan kad bergambar
2.
Murid menyenaraikan nama haiwan
|
Kad
Bergambar dan Kad Huruf
|
Langkah
1 Perkembangan
|
Mengeja dan menyebut nama haiwan
|
1.
Menunjukan kad huruf (perkataan nama haiwan)
2.
Guru Menyebut nama haiwan dan mengajar murid mengeja perkataan yang
mengandungi nama haiwan.
3.
Guru menutup perkataan yang mengandungi nama haiwan dengan kertas.
|
1.
Murid memerhatikan kad huruf
2.
(Secara berkumpulan)Murid menyebut nama haiwan seterusnya mengikut guru
mengeja nama haiwan.
|
Kad
huruf dan perkataan
|
Langkah
2
|
Aktiviti Kumpulan
|
1.
Guru memberikan murid pilihan sampul.
2.
Guru meminta murid untuk membatangkan suku kata untuk membentuk perkataan
bagi kad bergambar yang di sertakan.
3.
Guru akan memantau aktiviti murid.
4.
Guru meminta murid menunjukan hasil aktiviti kumpulan untuk ditampal pada
papan putih mengikut giliran.
5.
Guru membuka perkataan yang di tutup pada papan putih. Seterusnya menilai
hasil aktiviti kumpulan sama ada betul atau salah. Seterusnya mengajak
murid-murid untuk sama-sama membaca dan mengeja perkataan yang ada dihadapan.
|
1.
Secara berkumpulan murid akan memilih sampul dan membuka sampul.
2.
Murid (secara berkumpulan) akan membatangkan suku kata untuk membentuk
perkataan kad bergambar yang
disertakan.
Contoh:
kad bergambar gajah, murid perlu
membatang suku kata yang tepat untuk mengeja gajah = ga + jah
3.
setelah siap murid menampal hasil aktiviti pada papan putih untuk dinilai
guru.
4.
Murid mengikut guru membatangkan suku kata dan seterusnya mengeja perkataan
yang di maksudkan.
|
Kad
bergambar dan kad suku kata.
|
Langkah
3
|
Aktiviti Individu
|
1.
Guru memberikan kertas kerja kepada setiap murid.
2.
Guru menerima hasil kerja setiap murid.
|
1.
Murid menerima kertas kerja daripada guru. Setelah siap murid menghantar
hasil kerja pada guru.
|
|
Penutup
|
Apresiasi & Peneguhan
|
1.Guru
merumuskan apa yang dipelajari kepada murid.
|
1.Murid
mengulang semula apa yang mereka pelajari kepada guru.
|
Monday, 5 November 2012
Contoh Hasil Kerja Murid
Di atas adalah contoh hasil kerja kanak-kanak prasekolah, antara aktiviti yang boleh di buat didalam kelas prasekolah adalah kolaj dan catan. Aktiviti kolaj boleh di lakukan dengan menggunakan berbagai medium, bukan sahaja menggunakan kertas sebagai bahan tampalan, tetapi objek-objek lain seperti kapas, kekacang dan juga manik (jika ada bajet lebih). Begitu juga aktiviti catan boleh menggunakan medium lain selain menggunakan berus untuk melukis gambaran, objek berikutnya juga boleh digunakan, contohnya batang pisang, ubi kayu dan batang lilin. Aktiviti -aktiviti ini boleh di lakukan mengikut kreativiti guru dan bahan-bahan yang mudah didapati di dalam kelas prasekolah.
Monday, 22 October 2012
Contoh latihan Menulis (Kertas Kerja)
Berikut adalah contoh latihan - (Kertas Kerja) yang sesuai di gunakan di dalam kelas prasekolah.
Kesemua contoh kertas kerja di atas adalah berteraskan kepada pengenalan kepada huruf-huruf. Komponen yang terlibat dalam pembelajaran ini adalah Tujang Komunikasi yang melibatkan bahasa dan komunikasi. Untuk menguasai sesuatu bahasa, seseorang itu perlu lah mahir membaca dan utuk mahir membaca individu tersebut perlulah mempelajari huruf-huruf konsonan dan huruf vokal.
Kesemua contoh kertas kerja di atas adalah berteraskan kepada pengenalan kepada huruf-huruf. Komponen yang terlibat dalam pembelajaran ini adalah Tujang Komunikasi yang melibatkan bahasa dan komunikasi. Untuk menguasai sesuatu bahasa, seseorang itu perlu lah mahir membaca dan utuk mahir membaca individu tersebut perlulah mempelajari huruf-huruf konsonan dan huruf vokal.
Menentukan Matlamat Dan Objektif Prasekolah
Di negara kita kebanyakan pusat-pusat prasekolah dijalankan oleh pelbagai agensi yang berbeza seperti agensi kerajaan KEMAS, FELDA, Jabatan Perpaduan, Prasekolah Kementerian Pelajaran dan swasta. Memandangkan pusat-pusat prasekolah ini dikendalikan oleh pihak-pihak yang berbeza maka dari segi matlamat dan objektif penubuhannya juga berbeza. Kepentingan kepada pengajaran 3M membuka mata masyarakat tentang pentingnya pendidikan di peringkat prasekolah. Ibu bapa berlumba-lumba memilih pusat prasekolah yang dapat memenuhi harapan dan kehendak mereka. Inilah yang mendorong munculnya pusat prasekolah seperti cendawan tumbuh pada masa sekarang. Pemilihan pusat prasekolah oleh ibu bapa adalah berlandaskan kualiti yang dimiliki oleh sesuatu pusat prasekolah yang menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak. Pusat prasekolah yang mempunyai matlamat dan objektif yang menepati kehendak dan harapan akan lebih menjadi tumpuan ibu bapa.
Terdapat
pelbagai kualiti pusat prasekolah yang perlu difikirkan bersama-sama
ada penubuhannya menepati matlamat dan objektif atau pun tidak. Di
antara penemuan penubuhan pusat prasekolah adalah seperti berikut:
a) Ada sesetengah pengusaha pusat prasekolah tidak melaksanakan program mereka dengan bersungguh-sungguh.
b) Ada pula yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
c) Ada pengusaha pusat prasekolah hanya mementingkan akademik semata-mata
d) Ada pengusaha pusat prasekolah yang memberi penekanan kepada aspek sosialisasi kanak-kanak.
Sebagaimana
Kementerian Pelajaran Malaysia, matlamat penubuhan pusat prasekolah
secara umumnya adalah untuk memberi peluang yang sama kepada semua
kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan pada umur seawal 4 tahun.
Objektif dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan dan
jangkaan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah. Di sini mari
kita lihat apakah penentuan matlamat dan objektif pendidikan prasekolah
yang telah dibentuk oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi
kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke tahun satu di
sekolah rendah. Pendidikan prasekolah membolehkan kanak-kanak mencapai
tujuan berikut:
1) Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif yang menjadi warganegara yang patriotik;
2) Menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi;
3) Menggunakan
bahasa Cina dan bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di
sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina dan bahasa Tamil;
4) Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
5) Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid-murid beragama Islam;
6) Mengamalkan nilai-nilai murid dalam kehidupan seharian;
7) Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah;
8) Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;
9) Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik;
10) Mempunyai daya kreatif dan estetika unuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
Walau
bagaimanapun secara umumnya apa yang perlu kita faham bahawa prasekolah
merupakan tempat kanak-kanak mula belajar membiasakan diri dengan rakan
sebaya dan orang dewasa. Di mana mereka berpeluang berinteraksi bersama
rakan, meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan menyeluruh mereka
di samping meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Peruntukan suatu alam
persekitaran yang kaya dan menggalakkan potensi maksimum kanak-kanak ini
boleh diwujudkan di pusat prasekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)